Tuesday, 25 March 2014

Assalamualaikum wbt

Bissmillahir Rahmaanir Rahiim
Nahmaduhu wa nusolli a'la Rasulihil Kareem

Amma Ba'du

Dalam dunia masa kini,cabaran dan dugaan silih berganti untuk mencabar Iman dan Islam.Tuan Guru dan Murobbi ana menerangkan hal ini dengan berkata 'seorang yang menongkah air sungai,lagi deras air itu mengalir lagi perlu kekuatan untuk menongkahnya' ( Pesanan Syeikh Aleey Abdul Qodir - Alamiyah Instutute,London).



Lihat lah bagaimana Iman dan Ilmu yang kita ada sekarang,adakah cukup kuat untuk kita melawan arus yang semakin mencabar dan boleh mendatangkan kesesatan? Entry pada kali ini lebih kepada nasihat dan muzakarah bagaimana hendak memantapkan Iman.Dari surah Al Baqarah ayat 1-5 menerangkan :


الم (١)

ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢)

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣)

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤)

أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٥

Orang yang beriman itu orang mengimani perkara2 Mughibat yang disampaikan oleh Allah dan Rasul serta ia menginfaqkan sebahagian hartanya pada jalan Agama dan meyakini tentang kitab2 Allah yang telah diturunkan serta meyakini tentang kehidupan akhirat.

Ulama' yang ariff billah menyatakan,sekiranya manusia yang tidak beriman dan tidak menjalni kehidupan Islam,kehidupan mereka akan menjadi seperti lembu (baqarah) yang mana kehidupan mereka seperti tidak ada tujuan melainkan untuk memenuhi tuntutan nafsu yang hanya makan dan tidur menanti untuk disembelih.Dan apabila manusia menjalani kehidupan Al Quran,makan kehidupan akan menjadi manusia (an naas) yang baik.

Begitulah hikmahnya Allah swt mendidik kita bagaimana hendak menjadi manusia baik dari kehidupan Al Baqarah hingga menjadi An Naas.Iman itu wajib diusahakan seperti mana kita usahakan kehidupan dunia bahkan lebih lagi usaha atas iman.

Iman boleh dibentuk melalui 2 cara. Pertama pendampingan bersama Syeikh atau Murobbi yang akan membimbing kita untuk dekat kepada Allah swt dan Kedua,mengamalkan kehidupan berjemaah bersama orang Islam yang lain. Jika tidak,kehidupan akan menjadi nafsi-nafsi yang lebih mengutamakan nafsu.

Dalam berjemaah mestilah ada ketua (amir) yang takut (taqwa) kepada Allah swt dan mencintai kehidupan Nabi saw serta mengikuti syariat Islam.Kerana amir yang bertaqwa boleh membawa manusia dekat kepada Allah swt.Jika ia terpesong maka kita semua pun akan terjun lonkang.

"seorang driver terbabas,maka semua akan terbabas"

Disamping itu,perbualan seharian kita mestilah belandaskan cerita2 yang meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.Cakap-cakap iman haruslah dipupuk sedari kecil dari dalam rumah sendiri hingga ke keluarga besar kita.

Justeru ana menyeru dan merayu marilah kita berusaha untuk berganding bahu bagi memantapkan iman dan ilmu kita dan jangan kita lupa ajak saudara Islam kita yang lain untuk bersama-sama menjalankan usaha agama yang mulia ini..

Wallahu a'laam

Lama nya tak ber 'nafas'.. haaaaa...lega


assalamualikum wbt

Nahmaduhu wa nusolli a'la rasulihil karim
amma ba'du

Setelah lama ana duduk berehat dari menulis,tiba2 teringat balik kat blog ana ni.Sunyi pulak bila tak menaip.Harap kalian semua berada dalam keadaan baik dan sehat.Tak sangka kita dah nak masuk bulan April 2014.

Dari tahun lepas kita berhadapan dengan berbagai masalah,suka dan duka.Harapan ana kita semua mengambil pelajaran dari apa yang kita terima.Terkini..MH370 telah di umumkan bahawa ia kemalangan di Indian Ocean.. Laut ke 3 terbesar di dunia.Segala nya berlaku dah pun ditentukan Allah swt..moga semua keluarga mangsa redho dan bersabar.Setiap kesabaran akan di beri pahala oleh Allah.


Yang hidup mestilah meneruskan kehidupan nya.Mereka yang terkorban,sekiranya mereka beriman dan bertaqwa serta berniat baik,Insyallah akan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah swt.Sama2 lah kita berdoa agar mereka yang terkorban dari kalangan saudara Islam mendapat keredhaan Allah swt.

Ana mengharapkan kepada semua agar mendoakan ana untuk terus bercerita di blog ini dan suapaya kita mendapat manfaat di dalam perkongsian bercerita.

Wallahu A'laam