Assalamualaikum wbt..
Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa nusolli a'la rasulihil karim
amma ba'du
Kebelakangan ini,rata-rata ummat Islam kecoh dengan kehadiran 'wabak' syiah yang semakin menular di kawasan utara dan IPT di Malaysia.Namun, adakah kita selama ini sedar kita adalah ASWJ (ahli sunnah wal jamaah)? Adakah selama ini kita amalkan ajaran Baginda saw dan mengikuti perjalanan Sahabat r.hu ajmain? dan adakah setiap hari kita menghidupkan agama berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi saw?
Setiap hari kita perlu membuat persediaan dan menyempurnakan amalan agama kita dengan baik dan berkualiti.Namun bagaimana aqidah kita? Adakah aqidah kita bertepatan dengan I'tikad ASWJ? Bagaimana amalan kita Allah swt nak terima sedangkan kita masih belum kenal siapa tuhan kita yang sebenarnya dan bagaimana sifat dan af'alNya..Kita mendakwa cintakan Allah dan Rasulullah,namun kita masih belum mengenal Nya.
Pepatah melayu pernah berkata : 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'..Jadi..marilah kita sama2 bangun dan memperbaiki iman kita dengan belajar Ilmu mengenal Allah swt dan mendalami ajaran agama kita dengan baik..
Jika kita tidak bertindak sedemikian,kita pun sama i'tikad dengan syiah..sebab mereka tak belajar untuk kenal Allah swt.Hari ini,ramai yang mengikut syiah adalah kerana mereka tidak belajar untuk berkenalan dengan Allah swt sehingga Jazam (kukuh hati) dalam mentauhidkan Allah swt.Natijahnya..mereka masuk syiah sebab nak bermudah-mudah dalam agama.
Musuh2 Islam sedang merancang bagaimana Ummat Islam terus hidup dalam kerosakkan dan meruntuhkan akhlaq orang Islam..Allah..Selamatkan lah ummat ini..
Wahai saudara/saudari ku,hiduplah berjemaah dan dekatilah Ulamak yang boleh membimbing kita agar kita selamat dari ancaman Syiah dan musuh2 Islam.
Wallahu A'laam
Tuesday, 30 July 2013
Sunday, 21 July 2013
Maulana Muhammad Zakariyya Tokoh Ulamak Ilmiah dan Tarbiah
Asslamualaikum wbt
Innalhamdalillahi
Nahmaduuhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Kebelakangan ini,masyarakat Islam Malaysia sering diganggu oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab dalam memecah belahkan pegangan Ahl Sunnah Wal Jamah (aswj).Semua ulamak,umarak dan rakyat yang berpegang teguh dengan Asy Syaairah dan Al Maturidiah dan ulamak mazhab yang 4 selalu nya di Rat dengan fahaman mereka yang agak rigid dan extrim.Tidak ketinggalan juga ulamak yang bernama Al Marhum Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandahlawi, Tokoh muhaddith yang terkenal di Benua Hind dan Madinatun Nabiyy yang telah diserang secara peribadi dan merendahkan kan tahap ilmu yang ada pada beliau.
Namun , Allah swt meninggikan sesiapa yang Dia kehendaki dan kadang2 kita lupa yang Allah tu Maha Kaya. Ulamak tersebut akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Madinah dan di Kuburkan di sebelah tuan guru beliau yang meninggal dunia 20 tahun awal dari beliau iaitu Syeikh wa Murabbi Hazrat Maulana Khalil Ahmad Shaharanpuri rah yang juga Musannif Kitab Bazlul Majhud lil Syarah Abi Daud.Maulana Zakariyya adalah pelajar kesayangan beliau sejak di Mazahirul Uloom lagi sehingga wafatnya beliau.
Maulana Zakariyya mendapat didikan awal dari ayahanda nya iaitu Hadrat Maulana muhammad Yahya al Kandahlawi rah yang juga khadim Hadrat Maulana Rashid Ahmah Al Ganggohi rah,Mudir Besar Darul Uloom Deoband dengan mempelajari Al Quran sehingga beliau menjadi hafiz Quran pada umur 7 tahun dengan bantu nenda beliau. Pada Umur 7 tahun,Pakcik nya,Hadrat Maulana Ilyas Al Kandahlawi rah (penggerak jemaah tabligh) mengajar beliau Bahasa Arab dan Parsi manakala ayahnya membenarkan dia duduk dalam majlis taalim Kitab Misykatul Masaabih lil Syarah Bukhari karangan Imam Tibrizi rah.Pada Umur 9 Tahun dia di hantar belajar ke Madrasah Darul Uloom,Deoband sehingga berumur 15 tahun dan mendapat gelaran Mulwi yang Istimewa.
Beliau Berkata,kalau bukan kerana didikan ayahku,aku tidak akan jadi sebegini.Kadang2 beliau akan berkata kalau bukan kerana Pakcik ku (maulana Ilyas) aku tidak akan dapat berada tahap kerohanian sebegini.
Bayangkan..ulamak yang mengaji hadith sedari berumur 7 tahun sehingga menjadi tahap muhaddith pun masih di cerca dan dipertikaikan ilmu nya.Nah..kita lihat sendiri betapa berkat ilmu nya,kitab2 yang dikarang beliau memberi menafaat seluruh alam dan diterjemahkan dengan berbagai2 jenis bahasa.
Antara Kitab2 karangan beliau :
1. Aujazul Masaalik lil Syarah Muwattho' Imam Malik
2. Bazlul Majhud Lil Syarah Abi Daud
3. Limaad Daruri lil Sahihil Bukhori
4. Al Abwab wat Taraajim Lil Sahihil Bukhari
5. Al Fadhailul A'maal (urdu)
6. Ikhtilaful Aimmah dll
Antara anak murid beliau yang menjadi cendikiawan Islam ialah :
1. Prof Dr Al Muhaddithin Syeikh Muhammad bin Alwi bin Abbas al Maliki
2. Al Allamah Al Azharus Thani Syeikh Muhammad Nuruddin Al Banjari
3. Al Allamah Syeikhul Hindi Hazrat Maulana Sayyid Abul Hassan Ali An Nadwi
4. Al Allamah Maulana Sayyid Salman bin Sayyid Abul Hassan Ali An Nadwi
5. Al Allamah Taqi Usmani Al Bakistani
Ana terpanggil untuk membela keilmuan beliau kerana jasanya yang sangat besar dalam Dunia Islam dalam mentarbiah ummat ini untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.Semoga kita dapat bandingkan ilmu kita yang sedikit ini dengan Ilmu ulamak2 yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Wednesday, 17 July 2013
Dunia reality dalam menjalankan Dakwah.
Asslamualaikum wbt
Innalhamdalillahi
Nahmaduuhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Banyak manusia yang tertipu dengan keindahan dunia ini (termasuk ana).Dunia dihias cantik dengan berbagai kelazatan dan keindahan.Pada hakikat nya,ia adalah sementara dan akan Fana' (binasa) jua.Namun kita tetap berusaha untuk memuaskan hawa nafsu kita dengan mengejar dunia.Kata pepatah , "Duit bukan segalanya,tetapi segalanya memerlukan duit" dan kata sesetengah orang "kalau takde duit,camne kita nak kembangkan Islam".
Zaman Rasulullah saw,baginda menjalankan dakwah dengan keadaan yang susah dan pengorbanan bagi memastikan Agama Tauhid ini berkembang.Tanpa pangkat duniawi,harta yang telah habis,kemiskinan yang melanda,penghinaan,ancaman dari pihak kuffar,Baginda saw meneruskan juga usaha yang murni ini dalam menggerakkan agama di dalam dan di luar Tanah Hijjaz.Adakah baginda menerima kehidupan dunia ini? Tidak..tidak sedikit pun dalam hati Baginda mencintai dunia ini apakan lagi memilikinya.
Jibrail a.s pernah turun dan membawa tawaran dari Allah swt untuk dijadikan gunung2 dan bukit2 menjadi emas,namun Rasulullah saw berkata "Aku senang hati 1 hari aku berlapar dan 1 hari aku kenyang.Bila aku lapar aku akan sabar,dan bila aku kenyang,aku akan bersyukur".Dan orang2 kuffar juga menawarkan Wanita,Harta dan Tahta kepada Baginda saw dengan syarat usaha dakwah dihentikan,tetapi Rasulullah saw bersabda,"usaha dakwah tidak akan aku hentikan walaupun bulan dan matahari di kiri dan kanan tangan aku"
Dewasa ini,kesalahfahaman dalam berdakwah telah menjadi keadaan yang ketara.Apa yang di fahami,orang2 dahulu berdakwah dengan mengorbankan harta,masa dan diri mereka dalam menyebarkan Islam.Namun kebelakangan ini kebanyakkan mereka telah menjadikan dakwah sebagai sumber kekayaan dan keuntungan hidup mereka dan berkepentingan peribadi. Masya Allah..semoga Allah swt mengampuni kita semua.
Maksud dari kerja da'awah ialah menggunakan harta,masa dan meletakkan diri dalam menjalankan dakwah.Ilmu dan kesabaran perlu seiring dalam menjalankan usaha ini.Bila kita di kritik atau ada orang mempersoalkan dakwah kita,jangan kita mudah melenting dan ajak berbahas kerana ia akan menutup pintu keikhlasan dalam amalan kita.
Kita juga harus bersedia menerima nasihat orang lain sekiranya ada kekhilafan yang telah kita lakukan.Jangan kita asyik menasihati tapi tak sedia dinasihati.Disamping itu,kita harus 'menelan' api kemarahan dalam menerima kritikan sinis dan membalas segala tingkah laku buruk manusia dengan ganjaran dan balasan yang baik.
Semoga Allah swt mengeluarkan "Hubbut Jah' dan 'Hubbut Dunya' dalam diri kita dalam menjalankan usaha agama ini.
Lirik Lagu Kita Akan Dijemput Pulang
Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya
Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana
Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita
Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
Dijemput pulang…

Sunday, 7 July 2013
Tuesday, 2 July 2013
Ikram Agamawan a.k.a Ulamak
Asslamualaikum wbt
Innalhamdalillahi
Nahmaduuhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Pada mesyuarat pembesar agama 2007 di Masjid Banglawali,India,seorang ulamak berpesan " semasa tuan tuan menjalankan usaha,terdapat juga beberapa jemaah yang menjalankan usaha mereka,namun jangan sekali-kali kita mengatakan usaha mereka salah. Ini kerana mereka menjalankan usaha mereka dengan dalil dan nasihat ulamak.Dan ketahuilah bahawa syurga itu bukan untuk golongan kita tetapi bagi mereka yang ikhlas. Walau apa pun usaha mereka dalam menegakkan agama Allah swt dengan keikhlasan,mereka pun layak mendapat syurga Allah swt.Tetapi,kita mesti yakin bahawa usaha yang kita jalankan ini mirip usaha Nabi saw dan Para Sahabat r.hum ajmain."- Syeikh Al Alaamah Maulana Muhammad Saad Al Kandahlawi.
Dewasa ini,ramai yang di antara kita cepat melabelkan sesuatu golongan/persatuan adalah salah dalam menjuangkan agama Allah swt.Ini kerana kerja mereka tidak mirip dengan usaha yang sedang kita jalankan.Ana rasa bertanggungjawab dalam menerangkan hal keadaan yang berlaku terhadap komen2 yang tidak sedap didengar oleh para agamawan dan orang2 lama dalam usaha agama.Kita sepatutnya menyedari bahawa kita sekarang masih lemah dalam menilai sesuatu gerakan agama.Oleh itu kurangkan lah mengata sesuatu pada usaha-usaha Islam lain.
Dalam perhimpunan ulamak bersama Hadrat Syeikg Habib Umar Al Hafiz yang telah berlangsung pada tahun lepas (di Seremban),ada seorang pada rakan seusaha mengatakan puak yang berserban besar bertariqat A,pakaian mereka amat ??????.Bila ana mendengar perkara tersebut,ana memerli beliau "serban orang Mewat lebih besar tak pulak enta komplain".Ini kah sikap kita apabila berhadapan dengan ulamak besar?Subhanallah..ini kah kita dapat setelah melapangkan masa 3 hari,40 hari dan seterusnya? dan adakah ini yang orang tua-tua dan orang2 lama kita sampaikan?
Dalam perhimpunan yang diadakan di Serting pada tahun lepas,ana membawa seorang ulamak yang telah mengabdikan dalam bidang keilmuan selama belasan tahun yang telah menamatkan pengajian di Ribat dan Darul Mustofa,Tarim berjumpa dengan seorang orang lama untuk bersuhbat dengan orang2 lama dari Nizammuddin.Tetapi setelah ulamak itu balik,orang lama tersebut mengatakan usaha yang dijalankan di tempat mereka belajar tidak menepati Nizamuddin.Namun ada seorang ulamak menjawab tuduhan itu dengan berkata "Jika mereka menjalankan usaha dengan Ikhlas,meraka pun mendapat Maqam yang baik di sisi Allah swt.Dan mereka yang berada di Tarim tu bukan nya orang biasa tetapi mereka semuanya adalah Ahlullah". Maka..terdiam lah dia.
Syeikh Maulana Mansoor Al Hafiz Hafihullah berkata semasa membawa bersuhbat dengan tuan guru ana iaitu Al Fadhil Ustaz Sofhan Halim Hafizahullah,"tuan adalah sebahagian dari kami,tuan di lapangan madrasah/pondok dan kami pula di lapangan masyarakat.Usaha kita sama iaitu membawa manusia mengabdikan diri kepada Allah swt" . Apabila tuan guru ana mendengar kata-kata tersebut,beliau menjadi terharu serta berkata "SEKIRANYA USAHA AGAMA KITA INI TERHENTI,TAKUT ALLAH AKAN TURUNKAN BALA' YANG AKAN MENGHANCURKAN ALAM INI"
Hakikatnya,ini lah keadaan kita di Malaysia,kenapa usaha agama yang kita buat ini tidak ramai ulamak yang mendokongnya adalah sebab dari kita sendiri.Kita hanya ikram ulamak dalam usaha kita sahaja,tetapi bagaimana dengan ulamak yang lain?Bagaimana majlis agama mereka,adakah kita ambil bahagian? Syeikhul Hadith Maulana Hamid Hafizahullah berkata,"kita duduk dalam majlis ilmu bukan kerana kita ikram mereka tetapi duduk dalam majlis ilmu adalah fardhu ain pada setiap orang Islam".
Ayuh lah rakan semua,marilah kita semua meletakkan Ulamak2 Islam lain di tempat yang tinggi.Mendahulukan mereka dalam semua hal.Jadikan mereka kawan,sahabat dan teman.Buatlah kerana Allah swt dan kerana hendak mendatangkan sifat yang mahmudah dalam diri kita.Itu lah tujuan sebenar kita bergaul dengan ulamak.Dan semoga Allah swt memilih mereka dalam mengambil kerja ini kerana mereka lebih faham dalam ehwal Agama kita.
"HATI KU MAHUKAN ULAMAK YANG MEMIMPIN KERJA INI"- Kutbul Aktab Hadratus Syeikh,Al Arif Billah Maulana Muhammad Ilyas Al Kandahlawi rah.
(ruj : Biografi Maulana Ilyas oleh Maulana Ali Mia ( Sayyid Abul Hasan Ali An Nadwi)

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)