Tuesday, 25 March 2014

Lama nya tak ber 'nafas'.. haaaaa...lega


assalamualikum wbt

Nahmaduhu wa nusolli a'la rasulihil karim
amma ba'du

Setelah lama ana duduk berehat dari menulis,tiba2 teringat balik kat blog ana ni.Sunyi pulak bila tak menaip.Harap kalian semua berada dalam keadaan baik dan sehat.Tak sangka kita dah nak masuk bulan April 2014.

Dari tahun lepas kita berhadapan dengan berbagai masalah,suka dan duka.Harapan ana kita semua mengambil pelajaran dari apa yang kita terima.Terkini..MH370 telah di umumkan bahawa ia kemalangan di Indian Ocean.. Laut ke 3 terbesar di dunia.Segala nya berlaku dah pun ditentukan Allah swt..moga semua keluarga mangsa redho dan bersabar.Setiap kesabaran akan di beri pahala oleh Allah.


Yang hidup mestilah meneruskan kehidupan nya.Mereka yang terkorban,sekiranya mereka beriman dan bertaqwa serta berniat baik,Insyallah akan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah swt.Sama2 lah kita berdoa agar mereka yang terkorban dari kalangan saudara Islam mendapat keredhaan Allah swt.

Ana mengharapkan kepada semua agar mendoakan ana untuk terus bercerita di blog ini dan suapaya kita mendapat manfaat di dalam perkongsian bercerita.

Wallahu A'laam

No comments:

Post a Comment