Tuesday, 21 May 2013

Perbahasan Kun Faya Kun dalam Kitab Matan Jauharatut Tauhid Imam Al Laqoni rahmatullahi alaihi

Assalamualaikum wbt

Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw

Amma Ba'du

berkata Syeikh Al Laqony tentang perkataan Kun (kaf dan nun) dalam menerangkan sifat Kalam Allah swt bermaksud bukan lah Allah itu bersuara atau menggunakan perkataan dalam menjadikan sesuatu tetapi ia ditafsilkan dengan bahawa kehendak Allah swt menjadikan sesuatu tidak terhalang oleh mana2 kuasa dalam menunaikan kehendakNya.



Tidak terhalang oleh sesuatu bahkan bersegera terjadi akan sesuatu kainat itu seperti tidak terhalang antara huruf Kaf dan Nun (KUN).

Apabila kehendak Allah swt itu muafakat dengan ta'aluq pada Ilmu Allah maka ia terus terjadi.Contoh, Kelas Ustaz A sepatutnya bermula pada Jam 8 malam tetapi dalam Ta'aluq Ilmu Allah berkendak pada jam 8.15 malam..maka Ustaz A akan memulakan kelas nya pada jam 8.15 malam kerana ia maufakat dengan ilmu Allah swt.



..dan Allah tidak sekali sama keadaan nya dengan Makhluq..

Contoh kedua :

MB (menteri besar) berkata kepada pegawai JKR bahawa ia mahu jalan itu perlu diperbaharui esok.Maka kita akan lihat esok jalan itu di baiki setelah maufakat dengan kehendak MB.

(ini adalah contoh sahaja dan tak layak kehendak MB itu setanding dengan kehendak Allah swt)

Wallahu a'laam

Monday, 13 May 2013

Dadah Durjana

Assalamualaikum wbt

Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw

Amma Ba'du

2004-2013 (9 tahun) hidup aku dengan penagih dadah yang mahu berubah pada kehidupan yang lebih baik.Bukan senang kita nak berubah kepada kehidupan lalu yang penuh khayalan dan dalam bahasa lain 'STIM'.Bagi kita yang normal,kita tak pernah rasa 'barang'@ 'ubat' @ 'Chalks' etc yang menyebabkan pergantungan kepada diri kita.Mereka yang jatuh kelembah ini apabila hendak di bawa semula ke arah hidup yang normal boleh di ibaratkan seperti 'menarik kerbau keluar dari lumpur'



Fikiran,jatidiri dan masalah prejudis yang rosak dalam diri seseorang penagih menyebabkan ia terus menyalahkan orang lain dalam masalah ketagihan dadah.Seolah-olah ia menjadi batu loncatan dalam terus hidup menagih.Wahai sahabat,sedar la bahawa kehidupan kita amat pendek di dunia ini.Jangan lah di sia-siakan kehidupan yang indah ini dengan perkara yang membinasakan diri.

Wahai sahabat yang normal.Jangan lah mencemuh dan memandang mereka (penagih) dengan pandangan yang membinasakan mereka.Hulurkan lah tangan mu untuk membantu mereka.Mereka umpama anak kecil yang manja dan penuh rajuk dalam menghadapi kepulihan.Jadikan la diri kira disayangi mereka serta memberi pertolongan bagi mereka mengharungi kepulihan sepanjang hayat.

MEREKA YANG REBAH

Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa
Yang rebah

Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watan mu

* Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukan mu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama
Memberi bimbingan

Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan

Thursday, 9 May 2013

Doa Bulan Rejab

Assalamualaikum wbt

Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw



baca lah doa ini selepas setiap kali solat fardhu.Allah....banyak kelebihan nya

Wallahu A'laam


Perhiasan yang paling indah adalah Isteri Yang Solehah

Assalamualaikum wbt

Innalhamdalillahi
Nahmahduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw

Amma Ba'du :


:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."


4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.


Tuesday, 7 May 2013

Lihat Allah swt dengan bimbingan guru

Kalau kita lihat sesuatu yang sempurna dan sesuatu yang indah,pandang la kepada penyebab sesuatu kesempurnaan dan keindahan. lihat la segala af'al Allah swt..maka kita tak kan marah walau pun hati kita rasa akan kesakitan dan kekecewaan. tuan guru memberi cerita,apabila kamu berbual-bual dengan ibu dan ahli keluarga kamu di waktu malam,tiba-tiba blackout.kamudian kamu rasa kepala kamu diketuk dengan kuat,aku percaya kamu akan marah.tetapi setelah ia terang kembali dan dapati ibu kamu yang memukul kepala kamu semasa dalam gelap..ADAKAH KAMU AKAN MARAH PADA IBU MU..? inilah tamsil (contoh) apabila kita hendak memandang Allah swt akan af'al Nya. ~terharu apa yang telah terjadi pada ku~ AKU RINDU AKAN GURU KU..

Saturday, 4 May 2013

Belajar mengenali Allah swt,bukan mengenal diri

Assalamualaikum wbt
Inalhamdalillahi
Nahmahduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw

Amma Ba'du


Sedar atau tidak,kebanyakan manusia yang mencari jalan agama ada yang terjatuh ke dalam kesyirikan,kejahilan dan yang lebih teruk apabila menjual agama untuk kepentingan dunia meraka. Walaubagaiman pun,ada juga yang berjaya sampai (wasil) kepada Allah swt setelah mendampingi Syiekh2 Murobbi atau jemaah2 Islam yang ikhlas memperjuangkan dan meninggikan Kalimah Allah swt di muka bumi ini.

Syaikh Abul Hassan Ash-Shaziliy (rahmatullahi alaihi) berkata melalui Kalam Hujjatul Islam Imam Al Ghazali berkata : KAMI MENILIK ALLAH MELALUI IMAN.

Dalam Kitab Hayatus Sohabah karangan Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi ada mensabitkan hadith dalam kitab tersebut tentang perkataan seorang Sahabat Rasulullah saw iaitu : KAMI BELAJAR IMAN KEMUDIAN KAMI BELAJAR ALQURAN.

Allah swt berfirman 'orang-orang yang beriman dan berilmu (dikalangan mereka) kami tinggikan mereka dengan beberapa darjat'-Al Mujadalah

Iman bukan setakat lafaz sahaja,bahkan setiap perkara dalam kehidupan kita perlu dilaksanakan dengan Iman hatta hati terkesan dengan amalan harian kita.Apabila kita melakukan maksiat,hati akan kecewa dan menyesal akan perbuatan maksiat yang telah kita lakukan.Dan apabila kita dapat melakukan taat maka segera bersyukur kepada Allah swt kerana tanpa taufiq nya tiada mampu kita melaksanakan nya.

Ini lah tanda Iman kita mekar dan mengharum.
Kitab Matan Jauharul Tauhid oleh Syeikh Al Laqoni


Kenali Rabb a.k.a Allah swt

Allah swt adalah Zat yang Wajibul Wujud.Dalam bahas tauhid dari sudut hukum aqal maka kesimpulan dari kewujudan tuhan tidak dapat dinafikan.

"TAK TERIMA AQAL DENGAN TIADA NYA TUHAN"

Melalui kalam Asyai'rah dan Maturudiyyah dan beberapa kitab tauhid yang masyhur,maka kita akan dapat mempelajari tentang Zat,Sifat,Af'al dan Asma Allah swt yang mulia.Berdampinglah dan amabil lah manfaat dari guru untuk mempelajari Agama Allah swt agar kita tak sesat jalan.
 
Kitab Usulul Tauhid oleh Tuan Hussein Kedah

Wallahu A'lam


Friday, 3 May 2013

Assalamualaikum wbt

Innal Hamdalillah
Nahmaduhu Wa Nusolli A'la Rasulihil Karim
Amma Ba'du

Istighfar bukan untuk diri kita sahaja.Bahkan istighfar perlu kita mintak untuk ummat.Semasa aku di India,seorang ulamak meminta para hadirin agar memohon keampunan bagi diri dan mohon keampunan atas segala dosa orang Islam yang berbuat maksiat kerana apabila kita memohon keampunan atas saudara kita atau mohon kebaikan dilimpahkan ke atas nya,maka Para Malaikat akan mengaminkan 10 kali atas diri kita dan mereka akan memohon pada Allah swt dengan berkata :

YA ALLAH,KAU MAHA MENDENGAR AKAN DOA HAMBA MU ITU ATAS SAUDARA NYA YANG LAIN.MAKA YA ALLAH KAU DAHULUKAN LAH KEBAIKAN ITU ATAS DIRI NYA.


Assalamualaikum wbt
Innal Hamda Lillahi Ta'ala
Nahmaduhu Wa Nusolli A'la Rasulihil Karim s.a.w

Julung2 kali aku ke dunia blog.Walaupun aku tak punya banyak idea dan cerita untuk dikongsi,namu aku harap kamu semua dapat berkongsi bersama2 aku.

hilang lazat dunia..?aku rasa kamu semua faham.Suatu hari nanti kita akan rasa perkara tersebut yang selama ini kita menjilat lazat yang Allah swt berikan.



Jom..bantu aku sebelum lazat itu hilang..