Assalamualaikum wbt
Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa Nusolli a'la Rasulihil Kareem saw
amma ba'du
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN" itulah ucapan seluruh masyarakat di Malaysia khas nya dan umumnya diseluruh dunia bagi mereka yang beragama Islam.Hari Raya disambut dengan meriah sekali di Malaysia dan yang paling ketara ialah kanak2 dan remaja kerana mereka akan mendapat duit raya..kih3 (teringat masa kecik2).Belum cukup seminggu diorang dah collect almost RM 200.Kita nak mencari RM 200 pun payah.Tapi..inilah keberkatan kanak2 dan remaja,mereka mendapat ganjaran dunia setelah menjalani Puasa Ramadhan sebulan.Dan semoga Allah memberi kebaikan dan pahala yang besar kepada mereka yang berpuasa dan yang paling banyak bersedekah.
Bersedekah amalan yang sangat baik dan mulia dalam Islam.Nabi saw adalah orang paling suka bersedekah.Ada riwayat mengatakan dalam poket Nabi saw ada manisan yang mana jika ada kanak2 yang Nabi saw jumpa,Baginda saw akan memberi manisan tersebut kepada kanak2 itu.Alangkah gembira nya seorang bapa atau ibu apabila anak mereka disayangi dan diberi yang anak2 mereka sukai.Inilah dakwah Nabi saw di zaman baginda saw.menggambarkan Akhlaq terpuji sama ada kanak2 atau orang dewasa.
Nabi saw bersabda,"barangsiapa yang mengasihi penduduk bumi,maka dia akan dikasihi oleh penduduk langit".Maksud sedekah dalam bahasa arab di ambil dari perkataan "SODAQA" yakni membenarkan.Sedekah/Sodaqah adalah perkara yang membenarkan iman kita dalam menyayangi saudara2 seIslam kita dan seluruh Makhluq Allah swt.
Nabi saw bersabda" Tidak beriman sesorang itu selagi dia tidak kasih saudaranya seperti dia kasih kepada dirinya sendiri" dan lagi "Tidak sempurna iman sesorang yang tidur dalam kenyang sedangkan jiran nya tidur dalam kelaparan".Bersedakah lah kita di bulan yang lain sama seperti bulan Ramadhan dan Syawal..Jadikan lah Ramadhan dan Syawwal dalam kehidupan seharian kita semoga Ruhaniah nya kekal ke mati dan sehingga hilang lazat dunia ini.
Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahwa aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tubuh badan siapa yg pernah dimasuki debu di jalan Allah swt maka Allah swt pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka (HR Musnad Ahmad Tabrani)





No comments:
Post a Comment