Assalamualaikum wbt..
Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa nusolli a'la rasulihil karim
amma ba'du
Kebelakangan ini,rata-rata ummat Islam kecoh dengan kehadiran 'wabak' syiah yang semakin menular di kawasan utara dan IPT di Malaysia.Namun, adakah kita selama ini sedar kita adalah ASWJ (ahli sunnah wal jamaah)? Adakah selama ini kita amalkan ajaran Baginda saw dan mengikuti perjalanan Sahabat r.hu ajmain? dan adakah setiap hari kita menghidupkan agama berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi saw?
Setiap hari kita perlu membuat persediaan dan menyempurnakan amalan agama kita dengan baik dan berkualiti.Namun bagaimana aqidah kita? Adakah aqidah kita bertepatan dengan I'tikad ASWJ? Bagaimana amalan kita Allah swt nak terima sedangkan kita masih belum kenal siapa tuhan kita yang sebenarnya dan bagaimana sifat dan af'alNya..Kita mendakwa cintakan Allah dan Rasulullah,namun kita masih belum mengenal Nya.
Pepatah melayu pernah berkata : 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'..Jadi..marilah kita sama2 bangun dan memperbaiki iman kita dengan belajar Ilmu mengenal Allah swt dan mendalami ajaran agama kita dengan baik..
Jika kita tidak bertindak sedemikian,kita pun sama i'tikad dengan syiah..sebab mereka tak belajar untuk kenal Allah swt.Hari ini,ramai yang mengikut syiah adalah kerana mereka tidak belajar untuk berkenalan dengan Allah swt sehingga Jazam (kukuh hati) dalam mentauhidkan Allah swt.Natijahnya..mereka masuk syiah sebab nak bermudah-mudah dalam agama.
Musuh2 Islam sedang merancang bagaimana Ummat Islam terus hidup dalam kerosakkan dan meruntuhkan akhlaq orang Islam..Allah..Selamatkan lah ummat ini..
Wahai saudara/saudari ku,hiduplah berjemaah dan dekatilah Ulamak yang boleh membimbing kita agar kita selamat dari ancaman Syiah dan musuh2 Islam.
Wallahu A'laam











No comments:
Post a Comment