Assalamualaikum wbt
Innalhamdalillahi
nahmaduhu wa nusolli ala rasulil kareem
amma ba'du
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang mentadbir alam ini tanpa kesusahan dan tanpa sebarang keberatan pada Nya. Allah swt masih memberi kehidupan dan nafas pada kita semata-mata mahu lihat kita beribadat dan mentaati Nya serta ingin melihat adakah kita masih mahukan nikmat bertuhankan Allah swt.Hakikat kehidupan ini sangat lah sementara.Apa yang kita lihat ini akan fana' dan hancur lebur.Bahkan dunia ini seperti di 'delete' sehingga tak ada tanda yang dunia ini sebelum ini ada.
Sebagai manusia dan makhluk Allah swt,kita kena sedar bahawa sebenarnya kita perlu membuat persiapan sebelum kita di matikan oleh Allah swt.Ini kerana,kita akan diperiksa amal selepas kematian kita.Sekiranya kita berjaya membawa amalan yang baik dan sohih semasa berjumpa Allah swt,maka kita ,Insyallah akan di tempatkan bersama orang2 yang soleh di sisiNya.Tetapi,malang sekali apabila dalam kehidupan yg sementara ini pun kita gagal mencari bekal untuk kehidupan kita di Akhirat nanti,bimbang,satu malapetaka yang besar akan menimpa kita yang takkan berhenti memberi bala di kehidupan Akhirat nanti.Semoga dilindungi Allah swt.
Iman & Amal soleh,itu lah sebaik2 bekal.Keyakinan yang betul pada Allah dan mengamalkan kehidupan suci murni Nabi kita saw itu lah pelindung dan penyelamat kita di nanti apabila kita mati.Balik nanti..kita cermin lah diri kita dan tanyalah diri kita..Adakah iman dan amal ku sebegini bersedia untuk aku mati sekarang? Adakah umur ku akan bertahan 1000 tahun lagi? Adakah isteri/suami/anak ku akan menemani ku di dalam kubur nanti?..???? tanya dan teruskan bertanya sehingga keluar air mata penyesalan menitis di pipi kita dan jangan lupa bertanya akan umur kita yang lepas,dengan apakah umur ku yang lepas aku perbuat????
Wahai sahabat..wahai teman.. ini lah nasihat bagiku.Aku harap kita dapat duduk tinggal bersama dalam syurga Allah swt.Bersangka baik la pada Allah swt.Insyallah..Allah swt juga akan bersangka baik terhadap kita.Anggap la diri kita lemah di sisiNya.Dan pada masa yang sama,bersungguh sungguh dalam melaksanakan amal perintah agar kita meraih CINTA ALLAH & RASULULLAH SAW.
Bangun lah dari tidur kita..teruskan lah berjalan menuju kepada Allah swt yang Maha Penyayang.
Wallahu A'laam




No comments:
Post a Comment