Assalamualaikum wbt
Apa khabar korang semua..semoga korang dalam rahmat dan pengampunan dari Allah Jalla wa Azza di dalam bulan yang berkat ini iaitu Ramadhan Kareem.Ini la bulan yang mana di awalnya rahmat,pertengahan nya pengampunan dan terakirnya dilepaskan dari neraka. Hal ini akan dapat di rasai apabila kita betul2 tawajjuh dan ikhlas dalam menjalani ibadah puasa.
Namun..berapa ramai antara kita yang dapat mengecapi keenakkan dan kemanisan dalam berpuasa.Tahukan anda? nafsu kita hanya dapat di tundukkan hanya dalam berpuasa. Nabi saw bersabda kepada kita antara nya,apabila kita tak mampu berkahwin maka Nabi saw menggalakkan kita berpuasa.Nafsu juga adalah makhluk Allah swt.Ia termasuk dalam makhluk Allah yang liar.Namun Ahli Sufi berusaha membentuk nafsu dan mendidiknya sehingga menjadikan ia sebagai NAFSU MUTMAINNAH (nafsu yang tenang dan gemar dalam beramal soleh).
Ini lah peluang kita mendidik nafsu kita agar bertambah cinta kepada akhirat dan lebih2 lagi cinta kepada Allah swt dan RasulNya saw. Walaupun kita tahu ketidakmampuan kita dalam mendidiknya,namun serahkan jiwa dan nafsu korang untuk di didik oleh para guru yang mahir dalam ilmu rohaniat dan ilmu hati.Semoga hati kita jadi gemar kepada perintah2 Allah.
Disampingkan itu,kita digalakkan memperbanyakkan sedekah dan membaca Al Quran kerana setiap amalan kita akan dilipat gandakan sehingga tak terkira banyaknya (bi Ghairi Hisab). Jangan lah membiarkan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja. Rugi tau..kita pun tak tau..masih ada kah Ramadhan untuk kita pada tahun depan.Semoga Ramadhan tahun depan menyapa kita.
Walau dalam keghairahan membuat amal..marilah kita sama2 menambah ilmu pengetahuan dan mendalami nya sebagai jambatan kita mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Ingat dulu2..kalau masuk Ramadhan,majlis ilmu pun akan terhenti sehingga sebulan beraya..hehe. Tetapi kini,ramai yang telah celik ilmu dan mengisi kelapangan masa dengan menghadiri majlis2 ilmu berdekatan.
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Idulfitri semua..semoga kita berjaya dalam Ramadhan kali ini..ameen



.jpg)


No comments:
Post a Comment