Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
berkata Syeikh Al Laqony tentang perkataan Kun (kaf dan nun) dalam menerangkan sifat Kalam Allah swt bermaksud bukan lah Allah itu bersuara atau menggunakan perkataan dalam menjadikan sesuatu tetapi ia ditafsilkan dengan bahawa kehendak Allah swt menjadikan sesuatu tidak terhalang oleh mana2 kuasa dalam menunaikan kehendakNya.
Tidak terhalang oleh sesuatu bahkan bersegera terjadi akan sesuatu kainat itu seperti tidak terhalang antara huruf Kaf dan Nun (KUN).
Apabila kehendak Allah swt itu muafakat dengan ta'aluq pada Ilmu Allah maka ia terus terjadi.Contoh, Kelas Ustaz A sepatutnya bermula pada Jam 8 malam tetapi dalam Ta'aluq Ilmu Allah berkendak pada jam 8.15 malam..maka Ustaz A akan memulakan kelas nya pada jam 8.15 malam kerana ia maufakat dengan ilmu Allah swt.
..dan Allah tidak sekali sama keadaan nya dengan Makhluq..
Contoh kedua :
MB (menteri besar) berkata kepada pegawai JKR bahawa ia mahu jalan itu perlu diperbaharui esok.Maka kita akan lihat esok jalan itu di baiki setelah maufakat dengan kehendak MB.
(ini adalah contoh sahaja dan tak layak kehendak MB itu setanding dengan kehendak Allah swt)
Wallahu a'laam
No comments:
Post a Comment