Monday, 13 May 2013

Dadah Durjana

Assalamualaikum wbt

Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw

Amma Ba'du

2004-2013 (9 tahun) hidup aku dengan penagih dadah yang mahu berubah pada kehidupan yang lebih baik.Bukan senang kita nak berubah kepada kehidupan lalu yang penuh khayalan dan dalam bahasa lain 'STIM'.Bagi kita yang normal,kita tak pernah rasa 'barang'@ 'ubat' @ 'Chalks' etc yang menyebabkan pergantungan kepada diri kita.Mereka yang jatuh kelembah ini apabila hendak di bawa semula ke arah hidup yang normal boleh di ibaratkan seperti 'menarik kerbau keluar dari lumpur'



Fikiran,jatidiri dan masalah prejudis yang rosak dalam diri seseorang penagih menyebabkan ia terus menyalahkan orang lain dalam masalah ketagihan dadah.Seolah-olah ia menjadi batu loncatan dalam terus hidup menagih.Wahai sahabat,sedar la bahawa kehidupan kita amat pendek di dunia ini.Jangan lah di sia-siakan kehidupan yang indah ini dengan perkara yang membinasakan diri.

Wahai sahabat yang normal.Jangan lah mencemuh dan memandang mereka (penagih) dengan pandangan yang membinasakan mereka.Hulurkan lah tangan mu untuk membantu mereka.Mereka umpama anak kecil yang manja dan penuh rajuk dalam menghadapi kepulihan.Jadikan la diri kira disayangi mereka serta memberi pertolongan bagi mereka mengharungi kepulihan sepanjang hayat.

MEREKA YANG REBAH

Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa
Yang rebah

Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watan mu

* Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukan mu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama
Memberi bimbingan

Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan

No comments:

Post a Comment