Inalhamdalillahi
Nahmahduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Sedar atau tidak,kebanyakan manusia yang mencari jalan agama ada yang terjatuh ke dalam kesyirikan,kejahilan dan yang lebih teruk apabila menjual agama untuk kepentingan dunia meraka. Walaubagaiman pun,ada juga yang berjaya sampai (wasil) kepada Allah swt setelah mendampingi Syiekh2 Murobbi atau jemaah2 Islam yang ikhlas memperjuangkan dan meninggikan Kalimah Allah swt di muka bumi ini.
Syaikh Abul Hassan Ash-Shaziliy (rahmatullahi alaihi) berkata melalui Kalam Hujjatul Islam Imam Al Ghazali berkata : KAMI MENILIK ALLAH MELALUI IMAN.
Dalam Kitab Hayatus Sohabah karangan Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi ada mensabitkan hadith dalam kitab tersebut tentang perkataan seorang Sahabat Rasulullah saw iaitu : KAMI BELAJAR IMAN KEMUDIAN KAMI BELAJAR ALQURAN.
Allah swt berfirman 'orang-orang yang beriman dan berilmu (dikalangan mereka) kami tinggikan mereka dengan beberapa darjat'-Al Mujadalah
Iman bukan setakat lafaz sahaja,bahkan setiap perkara dalam kehidupan kita perlu dilaksanakan dengan Iman hatta hati terkesan dengan amalan harian kita.Apabila kita melakukan maksiat,hati akan kecewa dan menyesal akan perbuatan maksiat yang telah kita lakukan.Dan apabila kita dapat melakukan taat maka segera bersyukur kepada Allah swt kerana tanpa taufiq nya tiada mampu kita melaksanakan nya.
Ini lah tanda Iman kita mekar dan mengharum.

Kitab Matan Jauharul Tauhid oleh Syeikh Al Laqoni
Kenali Rabb a.k.a Allah swt
Allah swt adalah Zat yang Wajibul Wujud.Dalam bahas tauhid dari sudut hukum aqal maka kesimpulan dari kewujudan tuhan tidak dapat dinafikan.
"TAK TERIMA AQAL DENGAN TIADA NYA TUHAN"
Melalui kalam Asyai'rah dan Maturudiyyah dan beberapa kitab tauhid yang masyhur,maka kita akan dapat mempelajari tentang Zat,Sifat,Af'al dan Asma Allah swt yang mulia.Berdampinglah dan amabil lah manfaat dari guru untuk mempelajari Agama Allah swt agar kita tak sesat jalan.
Kitab Usulul Tauhid oleh Tuan Hussein Kedah
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment