Assalamualaikum wbt
Innalhamdalillahi
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Semua manusia inginkan bercinta,namun kekadang kita bercinta dengan perkara yang tak sepatutnya.Contohnya menyintai dunia lebih dari akhirat.
Jika dipandang dalam hati kita,semua benda yang kita sayang berpihak kepada dunia semata-mata.
Ulamak memberikan 3 jenis cinta terhadap dunia iaitu Harta,Wanita dan Tahta.Cinta dunia ini bermaksud,melebihi ketiga-tiga perkara ini melebihi Cinta Allah swt dan Rasulullah .
Allah swt berfirman :"Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (Surah At-Tawbah : 24)
Dewasa ini,ramai manusia yang telah tertipu dan ternoda akan keindahan dunia ini sehingga mereka mengabaikan hak2 Allah swt,Rasulullah dan juga terhadap ummat.Kita tertidur dan lena kerana seronok bermimpikan dunia yang indah ini.Ana juga pernah terjerat dengan cinta makhluk namun setelah sedar,maka timbul penyesalan dan perasaan berdosa pada Allah.
Ulamak memberi peluang untuk mengumpul harta,beristeri lebih dan menjawat jawantan yang tinggi tetapi ia perlulah diaplikasi untuk mendatangkan cinta pada Allah swt dan Rasulullah saw.
Pujangga bermadah " Cinta itu bukanlah meminta balasan sesuatu setelah diberi,tetapi Cinta itu memberi tanpa minta dibalas "
Qais (majnun) bermadah, " Ku cium tembok istana Laila bukan kerana keindahannya,Tetapi kerana Laila berada dalam istana itu"
Rabiatul Adawiyah berkata "sekiranya Allah memasukkan aku ke Nerakanya dengan Allah redha atas ku,maka itu lah Syurga ku"
Ini lah kalam orang yang bercinta.Kita yang menilainya sendiri dalam hati kita.Kita belajar lah bercintalah seperti ibu mengasihi anak nya.Ibu memberi hidupnya kepada anaknya kerana cintanya pada anaknya tanpa minta dibalas.
Allah!!..betapa besarnya cinta Allah swt pada hambanya,walaupun Dia dilupakan,namun dia tetap memberi kebaikan kepada hambaNya.
Wallahu A'lam
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal selamanya
Wednesday, 26 June 2013
Thursday, 20 June 2013
Dapatkah ku mengecap keenakkan semangat 3 hari ku yang telah lama hilang
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Sejak dua menjak ni ana terlalu sibuk dengan tugasan luar dari urusan pejabat ana.Astagfirullahal A'zim.Semoga Allah swt mengampuni ana dan kawan2 opis ana turut mengampuni juga.
Kadang2 apabila kita hidup dalam lingkungan agamawan,kita terasa kita cukup sempurna dan tak berdosa,padahal hakikat kepada kehidupan manusia sentiasa berdosa pada Tuhan nya,Rasul nya dan pada manusia.Ya Allah,aku tak mampu lagi nak hidup dalam keadan begini sedangkan hidupku dicemari dosa dan noda.
Apabila kita sudah berkahwin,banyak dugaan yang kita hadapi dari 2 keluarga,isteri2,anak2,jiran2 dan yang bersama dengan kita. Betullah tuan guru ku berkata iaitu Hadrat Muqaddas Al Ariff Billah Syeikh Aleey Abdul Qodir, "apabila kamu mengangkat nikah kamu ber kata aku terima nikahnya si fulanah ...hingga habis.Maka hakikatnya kamu berkata,aku terima segala Af'al Allah swt atas isteri ku ,keluarga ku...sekian..sekian..."
Allah!!..hatiku menangis mengenangkan rindu ku pada kedamaian hati dan kesunyian bersama Allah swt.Ya Allah,berilah jazbah yang sama semasa aku mula2 meletakkan kakiku dalam da'wah.Mula 3 hari pada Julai 2003..ana dapat rasakan keseronakkan beramal dan kesungguhan cinta pada Allah swt. Namun apabila aku terus membesar dan membesar,aku dapati sedikit demi sedikit hati ku mula tergelincir ke lembah dosa.
Ya Allah..selamatkan aku dan kekalkan aku dalam usaha agama mu seperti mana orang yang kau kabulkan dan terima hidup mereka dalam agama..
Wallahu a'laam

Sunday, 16 June 2013
Mari kita renungkan
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Diakhir2 ni,ana banyak melihat rakan2 dan sahabat ana membincangkan permasalahan tauhid tanpa fakta dan juga menggunakan andaian2 yang tak masuk aqal.Sedangkan Allah swt memerintahkan ummat ini bangun untuk belajar serta mempertahankan aqidah berdasarkan iqtiqad yang qothi' dan jazam dalam hati.
Tuan Guru ana dan juga musannif beberapa kita (syeikh maulana mansoor al hafiz) berkata dalam kitab Tuhfatul A'izzah (kitab haid):
"ummat perlu membuat pengorbanan bagi melepaskan diri dari kejahilan"
Apabila kita belajar ilmu agama,khusus nya bab tauhid maka sedikit sebanyak kepeningan dalam berfikir akan datang (ini juga pernah terjadi pada ana).Namun,jangan lah disebabkan kesusahan dan keperitan dalam mempelajari ilmu usuluddin ini kita berputus asa dalam usaha kita mempertahankan aqidah ini.
Imam Asy Syazili berkata "kami menilik Allah dengan Iman".Ulamak sufi ini ingin menerangkan bahawa tanpa kita bersusah payah dalam mempelajari ilmu tauhid ini bagaimana kita dapat mengenal Allah swt.Apabila kemalasan kita beraja dalam hati kita maka ia akan menjadikan kita orang yang tidak mengenal siapakan yang selama ini mentadbirkan alam dan khususnya mentadbir diri kita?
Allah...Maka wajiblah setiap mukallaf menanggung susah dalam mengenal Allah swt.
Apabila kita belajar,maka sedikit sebanyak makrifah (pengenalan,pengetahuan) terhadap tuhan kita akan dibukakan dalam aqal dan hati kita.Usaha perlu ada..bukan salah guru mengajar tetapi salah kita yang belajar tidak mahu buka minda dan hati sanubari untuk menerima segala pelajaran dari guru2.
Ulangkaji perlu digiatkan.Dalam hal dunia,kita sanggup tak tidor semata2 untuk masa depan dunia kita yang sementara ini.Walhal,ilmu agama adalah jambatan akhirat.Jika kita malas dan sibuk dengan gadjet2,laman sosial kita sahaja,manakan mampu kita nak merentasi kehidupan yang sebenar di akhirat kelak.
Justeru ini..marilah kita bersama bangun bagi melepaskan diri kita dari kejahilan..
Jangan lupa,ini lah dakwah perlu disampaikan.Disamping hari2 kita mendakwahkan kebesaran Allah swt,wajib lah juga atas kita belajar bagi memantapkan keyakinan kita kepada Allah swt.
Wa ma taufiqi illa billahi
Wallahu A'laam.

Tuesday, 11 June 2013
Ringkasan perbahasan Tauhid dan mengenal pandangan Imam Asy Syaarie dan Imam Maturidi
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Dalil dalam pelajaran Ilmu Tauhid
Dalil di dalam Ilmu Tauhid@ aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah terdiri pada 2 jenis yang di jadikan pegangan yang jazam dan qathie'.
1. Dalil Naqal - Ini lah dalil yang sangat teguh dan sempurna melalu Kalamullah dan Kalam Baginda Rasulullah saw. (al quran dan hadith)
2. Dalil A'qli - dengan menggunakan aqal yang diberi Allah dalam mengenal Zat,Sifat,Afa'l dan Asma' nya.Terbahagi kepada 2 iaitu :
2.a Secara Ijmaali - Berpegang secara borong dangan Beriktiqad bahawa Allah swt bersifat dengan segala Sifat Kesempurnaan yang tak terhingga banyak nya dan juga mempunyai sifat yang mustahil yang tak terhingga banyaknya.Dalil nya, Baharu Sekelian Alam.
2.b Secara Tafsili - Dengan mempelajari secara terperinci tentang Zat,Sifat,Af'al dan asma secara berguru agar akan datang jazam dalam pegangan hati dan jauh dari bertaqlid sahaja.
arakian - maka bermakna lah kita mempelajari Ilmu Sifat 20 dari mana2 guru agar tidak berlaku syirik kepada Allah swt

Di dalam kitab Faridah pada permulaan pengenalan ilmu ada menerang 13 sifat (menurut abu hasan asy syaarie) atau 20 sifat (menurut abu mansur al maturidi)
pertama : 13 Sifat yang di katakan imam asy syaarie ialah Nafsiah (wujud),Salbiah (qidam,baqa',mukhalafatuhu lil hawadith,qiamuhu bin nafsihi dan wahdaniah) dan Maani ( qudrat,iradat,ilmu,hayyun,sama',basor dan kalam).
kedua : tambahan 7 lagi ialah sifat maanawiyyah yang datang dari Imam Maturidi iaitu ( qodiron,uridan,aliiman,hayyan,samia'n,basiron,mutakalliman )
Menurut ijmak ulama,bahawa pandangan kedua-kedua imam ini wajib lah kita mempelajari 20 sifat ini bagi mengenal Allah swt.Setiap mukallaf tak boleh menolak 7 lagi sifat yang diterangkan kerana 7 sifat itu adalah sifat kamalat bagi Allah swt.
Dan menjadi sesat apabila kita mengatakan sifat ma'nawiyyah itu akan datang selepas ada sifat maani.Bahkan sifat itu sifat yang saling melazimi satu sama lain.
Berkata tuan guru saya,di ibaratkan seperti bulat dan bulan..bulan datang bukan sebab bulat dan bukan bulat datang selepas ada bulan. tetapi bulan itu bulat (lazim melazimi)

Sunday, 9 June 2013
Allah swt beri kurnia
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Alhamadulillahi thumma alhamdulillah aku telah dikurniakan Allah Jalla wa A'za akan anak perempuan pada tanggal 30 Mei 2013 pada jam 2.00 pm. Aku menangis kerana kegembiraan yang tak terhingga dan juga melihat sendiri Isteri ku melahirkan anak. Isteri ku berjuang dengan seluruh qudrat yang ada pada nya.Walau pun dia lemah namun dia tetap semangat untuk melahirkan anak aku yang seberat 3 kg. Walau pun saiz nya kecil namun untuk melahirkan seorang anak ia perlu kepada tenaga 200 %.. Subhanallah

Aku memberi nama nya HANNAH KHAIRUNNISA. Ramai yang bertanya ape maksudnya? HANNAH tu nama kepada ibu Maryam a.s ibu kepada Baginda Isa a.s. Hannah ni aku ambil sempena aku hadir ke Majlis Darul Murtadza di Masjid Muaz Bin Jabal,Setiawangsa. Ada kenangan yang terindah di sana walau pun kenangan itu hanya sebentar dengan seseorang yang aku sangat hormati dan sayangi.

Hannah juga merupakan isteri kepada Imran (terkenal dalam Al Quran dalam Surah Aali Imran) Hannah berdoa mendapatkan zuriat tanpa jemu walaupun umur nya sudah lanjut usia.Allah Maha Kaya..itu lah iktiqad orang2 dahulu.Mereka yakin 100 % pada Allah swt bahawa Dia sangat berqudrat melakukan sesuatu yang mustahil.

Hannah berdoa meminta anak lelaki dan bernazar untuk dijadikan Khadim di Masjidil Aqsa yang mulia.Namun Allah swt lebih mengetahui bahawa anak perempuan sesuai dengan keluarga Imran.Nazar nya itu diteruskan walaupun mendapat anak perempuan iaiti Maryam a.s. Maryam a.s seterusnya di hantar kepada pakcik nya iaitu Baginda Zakaria a.s yang merupakan suami kepada adik Hannah.

Maryam dididik dengan kasih sayang dan pelajaran agama terus kepada Baginda Zakaria a.s sehingga beliau menerima pertolongan ghaib dari Allah swt di dalam mehrab nya.
Allah..Allah..Hebatnya doa Hannah sehingga anak dan cucu nya menjadi manusia yang di Muliakan Allah swt hingga nama mereka sekeluarga di rakam Allah swt dalam Al Quran.Semoga anak ku menjadi seperti mereka Ahlullah ini..menjadi KHAIRUNNISA (wanita yang baik).
amiiiin..
Wallahu A'laam

Subscribe to:
Comments (Atom)