Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Diakhir2 ni,ana banyak melihat rakan2 dan sahabat ana membincangkan permasalahan tauhid tanpa fakta dan juga menggunakan andaian2 yang tak masuk aqal.Sedangkan Allah swt memerintahkan ummat ini bangun untuk belajar serta mempertahankan aqidah berdasarkan iqtiqad yang qothi' dan jazam dalam hati.
Tuan Guru ana dan juga musannif beberapa kita (syeikh maulana mansoor al hafiz) berkata dalam kitab Tuhfatul A'izzah (kitab haid):
"ummat perlu membuat pengorbanan bagi melepaskan diri dari kejahilan"
Apabila kita belajar ilmu agama,khusus nya bab tauhid maka sedikit sebanyak kepeningan dalam berfikir akan datang (ini juga pernah terjadi pada ana).Namun,jangan lah disebabkan kesusahan dan keperitan dalam mempelajari ilmu usuluddin ini kita berputus asa dalam usaha kita mempertahankan aqidah ini.
Imam Asy Syazili berkata "kami menilik Allah dengan Iman".Ulamak sufi ini ingin menerangkan bahawa tanpa kita bersusah payah dalam mempelajari ilmu tauhid ini bagaimana kita dapat mengenal Allah swt.Apabila kemalasan kita beraja dalam hati kita maka ia akan menjadikan kita orang yang tidak mengenal siapakan yang selama ini mentadbirkan alam dan khususnya mentadbir diri kita?
Allah...Maka wajiblah setiap mukallaf menanggung susah dalam mengenal Allah swt.
Apabila kita belajar,maka sedikit sebanyak makrifah (pengenalan,pengetahuan) terhadap tuhan kita akan dibukakan dalam aqal dan hati kita.Usaha perlu ada..bukan salah guru mengajar tetapi salah kita yang belajar tidak mahu buka minda dan hati sanubari untuk menerima segala pelajaran dari guru2.
Ulangkaji perlu digiatkan.Dalam hal dunia,kita sanggup tak tidor semata2 untuk masa depan dunia kita yang sementara ini.Walhal,ilmu agama adalah jambatan akhirat.Jika kita malas dan sibuk dengan gadjet2,laman sosial kita sahaja,manakan mampu kita nak merentasi kehidupan yang sebenar di akhirat kelak.
Justeru ini..marilah kita bersama bangun bagi melepaskan diri kita dari kejahilan..
Jangan lupa,ini lah dakwah perlu disampaikan.Disamping hari2 kita mendakwahkan kebesaran Allah swt,wajib lah juga atas kita belajar bagi memantapkan keyakinan kita kepada Allah swt.
Wa ma taufiqi illa billahi
Wallahu A'laam.



Subahanallah...
ReplyDeleteJazakallah Khair