Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Dalil dalam pelajaran Ilmu Tauhid
Dalil di dalam Ilmu Tauhid@ aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah terdiri pada 2 jenis yang di jadikan pegangan yang jazam dan qathie'.
1. Dalil Naqal - Ini lah dalil yang sangat teguh dan sempurna melalu Kalamullah dan Kalam Baginda Rasulullah saw. (al quran dan hadith)
2. Dalil A'qli - dengan menggunakan aqal yang diberi Allah dalam mengenal Zat,Sifat,Afa'l dan Asma' nya.Terbahagi kepada 2 iaitu :
2.a Secara Ijmaali - Berpegang secara borong dangan Beriktiqad bahawa Allah swt bersifat dengan segala Sifat Kesempurnaan yang tak terhingga banyak nya dan juga mempunyai sifat yang mustahil yang tak terhingga banyaknya.Dalil nya, Baharu Sekelian Alam.
2.b Secara Tafsili - Dengan mempelajari secara terperinci tentang Zat,Sifat,Af'al dan asma secara berguru agar akan datang jazam dalam pegangan hati dan jauh dari bertaqlid sahaja.
arakian - maka bermakna lah kita mempelajari Ilmu Sifat 20 dari mana2 guru agar tidak berlaku syirik kepada Allah swt

Di dalam kitab Faridah pada permulaan pengenalan ilmu ada menerang 13 sifat (menurut abu hasan asy syaarie) atau 20 sifat (menurut abu mansur al maturidi)
pertama : 13 Sifat yang di katakan imam asy syaarie ialah Nafsiah (wujud),Salbiah (qidam,baqa',mukhalafatuhu lil hawadith,qiamuhu bin nafsihi dan wahdaniah) dan Maani ( qudrat,iradat,ilmu,hayyun,sama',basor dan kalam).
kedua : tambahan 7 lagi ialah sifat maanawiyyah yang datang dari Imam Maturidi iaitu ( qodiron,uridan,aliiman,hayyan,samia'n,basiron,mutakalliman )
Menurut ijmak ulama,bahawa pandangan kedua-kedua imam ini wajib lah kita mempelajari 20 sifat ini bagi mengenal Allah swt.Setiap mukallaf tak boleh menolak 7 lagi sifat yang diterangkan kerana 7 sifat itu adalah sifat kamalat bagi Allah swt.
Dan menjadi sesat apabila kita mengatakan sifat ma'nawiyyah itu akan datang selepas ada sifat maani.Bahkan sifat itu sifat yang saling melazimi satu sama lain.
Berkata tuan guru saya,di ibaratkan seperti bulat dan bulan..bulan datang bukan sebab bulat dan bukan bulat datang selepas ada bulan. tetapi bulan itu bulat (lazim melazimi)
Wallahu a'laam
No comments:
Post a Comment