Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa Nusolli A'la Rasulihil Karim saw
Amma Ba'du
Alhamadulillahi thumma alhamdulillah aku telah dikurniakan Allah Jalla wa A'za akan anak perempuan pada tanggal 30 Mei 2013 pada jam 2.00 pm. Aku menangis kerana kegembiraan yang tak terhingga dan juga melihat sendiri Isteri ku melahirkan anak. Isteri ku berjuang dengan seluruh qudrat yang ada pada nya.Walau pun dia lemah namun dia tetap semangat untuk melahirkan anak aku yang seberat 3 kg. Walau pun saiz nya kecil namun untuk melahirkan seorang anak ia perlu kepada tenaga 200 %.. Subhanallah

Aku memberi nama nya HANNAH KHAIRUNNISA. Ramai yang bertanya ape maksudnya? HANNAH tu nama kepada ibu Maryam a.s ibu kepada Baginda Isa a.s. Hannah ni aku ambil sempena aku hadir ke Majlis Darul Murtadza di Masjid Muaz Bin Jabal,Setiawangsa. Ada kenangan yang terindah di sana walau pun kenangan itu hanya sebentar dengan seseorang yang aku sangat hormati dan sayangi.

Hannah juga merupakan isteri kepada Imran (terkenal dalam Al Quran dalam Surah Aali Imran) Hannah berdoa mendapatkan zuriat tanpa jemu walaupun umur nya sudah lanjut usia.Allah Maha Kaya..itu lah iktiqad orang2 dahulu.Mereka yakin 100 % pada Allah swt bahawa Dia sangat berqudrat melakukan sesuatu yang mustahil.

Hannah berdoa meminta anak lelaki dan bernazar untuk dijadikan Khadim di Masjidil Aqsa yang mulia.Namun Allah swt lebih mengetahui bahawa anak perempuan sesuai dengan keluarga Imran.Nazar nya itu diteruskan walaupun mendapat anak perempuan iaiti Maryam a.s. Maryam a.s seterusnya di hantar kepada pakcik nya iaitu Baginda Zakaria a.s yang merupakan suami kepada adik Hannah.

Maryam dididik dengan kasih sayang dan pelajaran agama terus kepada Baginda Zakaria a.s sehingga beliau menerima pertolongan ghaib dari Allah swt di dalam mehrab nya.
Allah..Allah..Hebatnya doa Hannah sehingga anak dan cucu nya menjadi manusia yang di Muliakan Allah swt hingga nama mereka sekeluarga di rakam Allah swt dalam Al Quran.Semoga anak ku menjadi seperti mereka Ahlullah ini..menjadi KHAIRUNNISA (wanita yang baik).
amiiiin..
Wallahu A'laam
No comments:
Post a Comment