Tuesday, 2 July 2013

Ikram Agamawan a.k.a Ulamak

Asslamualaikum wbt

Innalhamdalillahi
Nahmaduuhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw

Amma Ba'du

Pada mesyuarat pembesar agama 2007 di Masjid Banglawali,India,seorang ulamak berpesan " semasa tuan tuan menjalankan usaha,terdapat juga beberapa jemaah yang menjalankan usaha mereka,namun jangan sekali-kali kita mengatakan usaha mereka salah. Ini kerana mereka menjalankan usaha mereka dengan dalil dan nasihat ulamak.Dan ketahuilah bahawa syurga itu bukan untuk golongan kita tetapi bagi mereka yang ikhlas. Walau apa pun usaha mereka dalam menegakkan agama Allah swt dengan keikhlasan,mereka pun layak mendapat syurga Allah swt.Tetapi,kita mesti yakin bahawa usaha yang kita jalankan ini mirip usaha Nabi saw dan Para Sahabat r.hum ajmain."- Syeikh Al Alaamah Maulana Muhammad Saad Al Kandahlawi.


Dewasa ini,ramai yang di antara kita cepat melabelkan sesuatu golongan/persatuan adalah salah dalam menjuangkan agama Allah swt.Ini kerana kerja mereka tidak mirip dengan usaha yang sedang kita jalankan.Ana rasa bertanggungjawab dalam menerangkan hal keadaan yang berlaku terhadap komen2 yang tidak sedap didengar oleh para agamawan dan orang2 lama dalam usaha agama.Kita sepatutnya menyedari bahawa kita sekarang masih lemah dalam menilai sesuatu gerakan agama.Oleh itu kurangkan lah mengata sesuatu pada usaha-usaha Islam lain.


Dalam perhimpunan ulamak bersama Hadrat Syeikg Habib Umar Al Hafiz yang telah berlangsung pada tahun lepas (di Seremban),ada seorang pada rakan seusaha mengatakan puak yang berserban besar bertariqat A,pakaian mereka amat ??????.Bila ana mendengar perkara tersebut,ana memerli beliau "serban orang Mewat lebih besar tak pulak enta komplain".Ini kah sikap kita apabila berhadapan dengan ulamak besar?Subhanallah..ini kah kita dapat setelah melapangkan masa 3 hari,40 hari dan seterusnya? dan adakah ini yang orang tua-tua dan orang2 lama kita sampaikan?


Dalam perhimpunan yang diadakan di Serting pada tahun lepas,ana membawa seorang ulamak yang telah mengabdikan dalam bidang keilmuan selama belasan tahun yang telah menamatkan pengajian di Ribat dan Darul Mustofa,Tarim berjumpa dengan seorang orang lama untuk bersuhbat dengan orang2 lama dari Nizammuddin.Tetapi setelah ulamak itu balik,orang lama tersebut mengatakan usaha yang dijalankan di tempat mereka belajar tidak menepati Nizamuddin.Namun ada seorang ulamak menjawab tuduhan itu dengan berkata "Jika mereka menjalankan usaha dengan Ikhlas,meraka pun mendapat Maqam yang baik di sisi Allah swt.Dan mereka yang berada di Tarim tu bukan nya orang biasa tetapi mereka semuanya adalah Ahlullah". Maka..terdiam lah dia.


Syeikh Maulana Mansoor Al Hafiz Hafihullah berkata semasa membawa bersuhbat dengan tuan guru ana iaitu Al Fadhil Ustaz Sofhan Halim Hafizahullah,"tuan adalah sebahagian dari kami,tuan di lapangan madrasah/pondok dan kami pula di lapangan masyarakat.Usaha kita sama iaitu membawa manusia mengabdikan diri kepada Allah swt" . Apabila tuan guru ana mendengar kata-kata tersebut,beliau menjadi terharu serta berkata "SEKIRANYA USAHA AGAMA KITA INI TERHENTI,TAKUT ALLAH AKAN TURUNKAN BALA' YANG AKAN MENGHANCURKAN ALAM INI"

Hakikatnya,ini lah keadaan kita di Malaysia,kenapa usaha agama yang kita buat ini tidak ramai ulamak yang mendokongnya adalah sebab dari kita sendiri.Kita hanya ikram ulamak dalam usaha kita sahaja,tetapi bagaimana dengan ulamak yang lain?Bagaimana majlis agama mereka,adakah kita ambil bahagian? Syeikhul Hadith Maulana Hamid Hafizahullah berkata,"kita duduk dalam majlis ilmu bukan kerana kita ikram mereka tetapi duduk dalam majlis ilmu adalah fardhu ain pada setiap orang Islam".

Ayuh lah rakan semua,marilah kita semua meletakkan Ulamak2 Islam lain di tempat yang tinggi.Mendahulukan mereka dalam semua hal.Jadikan mereka kawan,sahabat dan teman.Buatlah kerana Allah swt dan kerana hendak mendatangkan sifat yang mahmudah dalam diri kita.Itu lah tujuan sebenar kita bergaul dengan ulamak.Dan semoga Allah swt memilih mereka dalam mengambil kerja ini kerana mereka lebih faham dalam ehwal Agama kita.



"HATI KU MAHUKAN ULAMAK YANG MEMIMPIN KERJA INI"- Kutbul Aktab Hadratus Syeikh,Al Arif Billah Maulana Muhammad Ilyas Al Kandahlawi rah.
(ruj : Biografi Maulana Ilyas oleh Maulana Ali Mia ( Sayyid Abul Hasan Ali An Nadwi)

Wallahu A'laam

No comments:

Post a Comment