Asslamualaikum wbt
Innalhamdalillahi
Nahmaduuhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw
Kebelakangan ini,masyarakat Islam Malaysia sering diganggu oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab dalam memecah belahkan pegangan Ahl Sunnah Wal Jamah (aswj).Semua ulamak,umarak dan rakyat yang berpegang teguh dengan Asy Syaairah dan Al Maturidiah dan ulamak mazhab yang 4 selalu nya di Rat dengan fahaman mereka yang agak rigid dan extrim.Tidak ketinggalan juga ulamak yang bernama Al Marhum Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandahlawi, Tokoh muhaddith yang terkenal di Benua Hind dan Madinatun Nabiyy yang telah diserang secara peribadi dan merendahkan kan tahap ilmu yang ada pada beliau.
Namun , Allah swt meninggikan sesiapa yang Dia kehendaki dan kadang2 kita lupa yang Allah tu Maha Kaya. Ulamak tersebut akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Madinah dan di Kuburkan di sebelah tuan guru beliau yang meninggal dunia 20 tahun awal dari beliau iaitu Syeikh wa Murabbi Hazrat Maulana Khalil Ahmad Shaharanpuri rah yang juga Musannif Kitab Bazlul Majhud lil Syarah Abi Daud.Maulana Zakariyya adalah pelajar kesayangan beliau sejak di Mazahirul Uloom lagi sehingga wafatnya beliau.
Maulana Zakariyya mendapat didikan awal dari ayahanda nya iaitu Hadrat Maulana muhammad Yahya al Kandahlawi rah yang juga khadim Hadrat Maulana Rashid Ahmah Al Ganggohi rah,Mudir Besar Darul Uloom Deoband dengan mempelajari Al Quran sehingga beliau menjadi hafiz Quran pada umur 7 tahun dengan bantu nenda beliau. Pada Umur 7 tahun,Pakcik nya,Hadrat Maulana Ilyas Al Kandahlawi rah (penggerak jemaah tabligh) mengajar beliau Bahasa Arab dan Parsi manakala ayahnya membenarkan dia duduk dalam majlis taalim Kitab Misykatul Masaabih lil Syarah Bukhari karangan Imam Tibrizi rah.Pada Umur 9 Tahun dia di hantar belajar ke Madrasah Darul Uloom,Deoband sehingga berumur 15 tahun dan mendapat gelaran Mulwi yang Istimewa.
Beliau Berkata,kalau bukan kerana didikan ayahku,aku tidak akan jadi sebegini.Kadang2 beliau akan berkata kalau bukan kerana Pakcik ku (maulana Ilyas) aku tidak akan dapat berada tahap kerohanian sebegini.
Bayangkan..ulamak yang mengaji hadith sedari berumur 7 tahun sehingga menjadi tahap muhaddith pun masih di cerca dan dipertikaikan ilmu nya.Nah..kita lihat sendiri betapa berkat ilmu nya,kitab2 yang dikarang beliau memberi menafaat seluruh alam dan diterjemahkan dengan berbagai2 jenis bahasa.
Antara Kitab2 karangan beliau :
1. Aujazul Masaalik lil Syarah Muwattho' Imam Malik
2. Bazlul Majhud Lil Syarah Abi Daud
3. Limaad Daruri lil Sahihil Bukhori
4. Al Abwab wat Taraajim Lil Sahihil Bukhari
5. Al Fadhailul A'maal (urdu)
6. Ikhtilaful Aimmah dll
Antara anak murid beliau yang menjadi cendikiawan Islam ialah :
1. Prof Dr Al Muhaddithin Syeikh Muhammad bin Alwi bin Abbas al Maliki
2. Al Allamah Al Azharus Thani Syeikh Muhammad Nuruddin Al Banjari
3. Al Allamah Syeikhul Hindi Hazrat Maulana Sayyid Abul Hassan Ali An Nadwi
4. Al Allamah Maulana Sayyid Salman bin Sayyid Abul Hassan Ali An Nadwi
5. Al Allamah Taqi Usmani Al Bakistani
Ana terpanggil untuk membela keilmuan beliau kerana jasanya yang sangat besar dalam Dunia Islam dalam mentarbiah ummat ini untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.Semoga kita dapat bandingkan ilmu kita yang sedikit ini dengan Ilmu ulamak2 yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Wallahu A'laam




No comments:
Post a Comment