Thursday, 20 June 2013

Dapatkah ku mengecap keenakkan semangat 3 hari ku yang telah lama hilang

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum wbt
Nahmaduhu wa nusolli a'la Rasulihil Karim saw

Amma Ba'du.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Sejak dua menjak ni ana terlalu sibuk dengan tugasan luar dari urusan pejabat ana.Astagfirullahal A'zim.Semoga Allah swt mengampuni ana dan kawan2 opis ana turut mengampuni juga.


Kadang2 apabila kita hidup dalam lingkungan agamawan,kita terasa kita cukup sempurna dan tak berdosa,padahal hakikat kepada kehidupan manusia sentiasa berdosa pada Tuhan nya,Rasul nya dan pada manusia.Ya Allah,aku tak mampu lagi nak hidup dalam keadan begini sedangkan hidupku dicemari dosa dan noda.

Apabila kita sudah berkahwin,banyak dugaan yang kita hadapi dari 2 keluarga,isteri2,anak2,jiran2 dan yang bersama dengan kita. Betullah tuan guru ku berkata iaitu Hadrat Muqaddas Al Ariff Billah Syeikh Aleey Abdul Qodir, "apabila kamu mengangkat nikah kamu ber kata aku terima nikahnya si fulanah ...hingga habis.Maka hakikatnya kamu berkata,aku terima segala Af'al Allah swt atas isteri ku ,keluarga ku...sekian..sekian..."


Allah!!..hatiku menangis mengenangkan rindu ku pada kedamaian hati dan kesunyian bersama Allah swt.Ya Allah,berilah jazbah yang sama semasa aku mula2 meletakkan kakiku dalam da'wah.Mula 3 hari pada Julai 2003..ana dapat rasakan keseronakkan beramal dan kesungguhan cinta pada Allah swt. Namun apabila aku terus membesar dan membesar,aku dapati sedikit demi sedikit hati ku mula tergelincir ke lembah dosa.

Ya Allah..selamatkan aku dan kekalkan aku dalam usaha agama mu seperti mana orang yang kau kabulkan dan terima hidup mereka dalam agama..


Wallahu a'laam

1 comment:

  1. satu ketika ana, pernah merasa begini.. rasanya skrg pun... Allahurobbi..

    ReplyDelete